Cerita Metabolik


CERITA METABOLIK

 

Puan Zuraida datang bertemu saya pada ogos 2008. Saya dapati Puan Zuraida yang cantik bergaya ini mempunyai personaliti yang ramah dan mesra. Sesuailah dengan imej beliau sebagai seorang usahawan berjaya.

“Doc, tolonglah saya... Saya nak jadi langsing dan lebih kurus.” Katanya tanpa berselindung.

“Saya dah cuba pelbagai cara. Pusat-pusat pelansingan pun saya dah pergi. Tapi saya gagal.” keluhnya kesal

Saya memandang wajah Puan Zu. Air matanya bergenang.

Tiba tiba dia menangis teresak-esak. “Doktor tahu betapa saya ingin turunkan berat saya. Saya tak selesa dengan berat 80 kg ni.”

Puan Zu tak dapat lagi membendung kerisauan dan kekecewaan hatinya. “Saya control makan. Saya pun ada ambik ubat doctor tapi berat badan turun sekejap je. Lepas tu naik balik, pusat slimming yang mahal beribu-ribu pun saya dah pergi tapi berat saya masih tak berganjak. Ia turun sikit tapi naik balik.

“Saya terlalu kecewa sebab saya tahu saya tak makan banyak namun berat saya tetap naik. Saya sanggup seksa diri saya dengan tak makan asalkan dapat hasil yang baik tapi apa yang saya rasakan hanyalah kepayahan dan keperitan semata-mata namun hasilnya tiada. Kenapa dok? Apakah yang berlaku kepada badan saya? Adakah saya ni memang tak boleh nak jadi kurus? Saya tengok orang lain senang je kurus tapi kenapa saya tak boleh?”

Saya membuat pemeriksaan keatas Puan Zu. Tekanan darah beliau 140/88 manakala paras gula dalam badannya agak rendah. Hanya 5 sahaja walaupun beliau baru makan dua jam yang lalu. Bila ujian darah di buat ternyata paras had kolestrol agak tinggi dan ldl pula rendah sedikit. Ini bermakna beliau adalah termasuk dalam golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat diabetes darah tinggi atau masalah jantung.

Saya memang sudah menjangkakan keputusan darah yang sebegitu kerana setelah beberapa tahun menjalankan ujian darah ke atas pesakit saya yang mengalami obesiti saya dapati hasilnya lebih kurang sama. Mereka tergolong dalam golongan berisiko.

Saya memaklumkan kepada Puan Zu bahawa beliau menghadapi masalah metabolic atau saya lebih suka menggelarkannya sebagai cabaran metabolic (metabolic challenge).

Saya bertanya Puan Zu samada beliau sanggup bersama sama saya selama 12 minggu bagi menghadapi cabaran metabolik ini. Selama 12 minggu saya dan para petugas klinik kami akan menemani dan bersama-sama beliau memberi tentangan terhadap cabaran ini, dan selepas itu Puan Zu akan meneruskan usahanya sendiri selepas melepasi rintangan rintangan yang hebat di peringkat permulaan.

Minggu Pertama

Minggu pertama kami lalui dengan mudah. Pada masa ini Puan Zu mula merasa lebih tenang dan bertenaga. Beliau tidak lagi merasa lemah dan lesu. Beliau merasa lebih bersemangat untuk meneruskan cabaran .

Minggu Kedua

Minggu kedua hingga keempat berlalu dengan mudah. Saya tidak mengharapkan penurunan berat badan yang mendadak kerana target saya ialah membaik pulih masalah metabolik yang di alaminya. Namun Puan Zu mula tersenyum kerana dia mula merasa penyusutan dalam ukuran badan. Bersama tenaga yang terhasil di dalam tubuhnya dia tidak keberatan untuk bersenam.

Minggu Keempat

“Doktor, dulu saya cepat letih.Sekarang saya dah boleh bersenam dan jogging lama sikit.

Saya menerangkan kepada Puan Zu, empat minggu yang lalu metabolic beliau amat rendah. Segala makanan yang di makan tidak bertukar menjadi tenaga sebaliknya ia hanyalah ditukarkan kepada lemak sahaja. Sebab itulah beliau merasa letih dan lesu dan tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti.

Minggu Kelima

Minggu kelima memerlukan Puan Zu mengubah cara pemakanan yang boleh merosakkan system metabolik tubuh. Segala makanan yang merosakkan sistem dielakkan dan kami menerangkan kepada beliau mengapa pentingnya mengambil makanan beralkali serta mineral yang meransang metabolisma .

Minggu Kelapan

Pada minggu ke 8 Puan Zu sudah pun faham kenapa selama ini beliau tidak boleh menurunkan berat badan dengan mudah sebelum ini. Apa yang dirasainya dan dialaminya selama 8 minggu ini meningkatkan semangatnya untuk Berjaya. Minggu ini beliau diberikan jadual diet yang ketat namun boleh di lakukannya dengan mudah sekali.

Minggu Kesembilan

Selepas minggu ke lapan beliau mengalami penurunan 3 kg. Tapi bukan itu yang kami mahukan. Kami mahu meningkatkan kadar metaboliknya agar beliau boleh membakar segala makanan yang di makannya tanpa perlu berdiet lagi. Amat mudah bila anda sudah memahami masalah metabolic ini.

Minggu Keduabelas

Selepas 12 minggu bersama kami dan kehilangan 12 kg, kami berharap Puan Zu akan terus berjaya. Bukan sahaja mencapai berat badan idamannya namun mencapai kesihatan yang optimum.

Selepas 2 tahun saya bertemu semula dengan Puan Zu yang berat badanya 60kg ternyata dia lebih menawan. Kesihatannya lebih baik dan pemeriksaan darah jelas menunjukkan beliau tergolong dalam kumpulan yang tiada risiko.

“Doc,saya bersyukur bertemu dengan doc. Saya harap doc dapat bantu orang lain juga yang bermasalah seperti saya.”

Comments

Popular posts from this blog

YOUNGER SKIN WITH HORMONE

Chelation Therapy

MARISSA PORE MAKEOVER