Hormon Testosterone
Hormon Lelaki
ARKIB : 12/09/2010
Apakah rawatan yang sesuai dilakukan oleh kaum Adam bagi mendapatkan semula kulit wajah yang tampak segar dan muda?
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit wanita.Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak dari kulit wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari berbanding kulit wanita. Sebab itulah wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki yang seusia dengannya. Namun begitu , semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis , manakala kulit wanita tidak berubah ketebalannya.Berbanding dengan kulit wanita, kulit lelaki mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hidrolitik di permukaan kulit menyebab kan kulit menjadi lebih sensitif. Kesan bercukur yang bertahun-tahun menyebabkan kulit kusam dan pori-pori menjadi luas.
Pengaruh hormon kepada lelaki
1)Testosterone
Ujian darah
Contohnya
TESTOSTERONE
HORMON LELAKI

Hormon yang penting bagi lelaki
adalah
1)Testosterone
Merupakan salah satu daripada hormon
seks yang penting bagi kesejahteraan lelaki. Ia meningkatkan mood dan memberi
rasa segar kepada lelaki. Lelaki yang mempunyai hormone testosteron yang cukup
mempunyai tubuh yang segar dan sasa. Tanpa testosteron kulit juga mula berkedut
dan menjadi kecut.Testosteron menjaga kelenjar prostat pada lelaki agar menjadi
kekal sihat dan tanpanya kelenjar ini menjadi bengkak. Keadaan ini dipanggil
Benign Prostatic Hyperplasia dan jika tidak dijaga akan berubah menjadi sel kanser
yang menakutkan. Mereka yang mengalami masalah prostat akan mendapat jangkitan
pada pundi kencing dan juga masalah kencing tidak lawas.Lelaki yang mengidapi
masalah ini pastinya akan resah kerana sering terganggu akibat panggilan ke
bilik air yang terlalu kerap.
Kekurangan testosteron mengakibatkan
nafsu keupayaan seks terganggu. Nafsu seks dipengaruhi secara langsung oleh
hormon testosteron. Hormon tersebut juga menjadikan tubuh lelaki tegap dan
sasa. Tanpanya tubuh akan mula mengecut dan menjadi tidak stabil.Hormon
testosteron turut merangsang mood dan minda seorang lelaki. Lelaki yang kurang
testosteron akan sering berdebar-debar, berasa resah dan cepat marah.Dari segi
kesuburan pula hormon ini mempunyai kesan terus ke atas sel-sel leydig dan
sertoli pada testis bagi menghasilkan sperma. Apabila kurang testosteron maka
tahap kesuburan lelaki juga akan turun. Testosteron banyak mempengaruhi darah
kita. Seorang lelaki yang paras testosteronnya baik akan mempunyai tahap
kolestrol yang baik. Kekurangan testosterone menjadikan tahap kolestrol dalam
badan bertambah.
Dari segi rupa paras pula seseorang
yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya lebih berkedut
berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan tampak
murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang
menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat
dilihat. Bentuk tubuh seseorang yang kurang testosteron kelihatan agak
menggeleber. Perutnya agak besar dan buncit manakala lemak pula mudah
berkumpul. Ini membuatkan lelaki menjadi kurang keyakinan diri dan tenaga pula
merosot.
Ujian darah
Ujian darah boleh di lakukan bagi
meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Bagi saya ujian ini bagus
kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang dapat dicapai
apabila terapi dibuat.
Ia juga dapat membantu mengesan kekurangan
yang ketara dan dapatlah kita memberi perhatian segera terhadap masalah yang
dihadapi oleh seseorang.
Contohnya
Hisham berusia dalam lingkungan 55
tahun. Beliau sangat prihatin dalam soal penjagaan kesihatan, tidak merokok dan
rajin bersenam. Beliau hairan apabila disahkan oleh doktor menghidap kencing
manis. Walaupun berat badannya ideal dan jarang mengambil gula dalam makanan,
namun beliau mendapat penyakit kencing manis.
Sejak akhir-akhir ini beliau berasa
sangat letih dan lesu. Wajahnya juga tampak tua dan layu. Beliau juga berasa
murung dan mudah bosan dalam aktiviti seharian. Menurut rekod pemeriksaan
doktor, paras gula di dalam darahnya adalah normal kerana beliau mengamalkan
memakan ubat kencing manis mengikut arahan dan menjaga pemakanan.Ujian darah
menunjukkan beliau mengalami masalah hormon yang rendah. Bukan saja paras
hormon insulin rendah namun hormon-hormon lain juga juga telah merosot. Setelah
menjalani terapi barulah dia merasa bertenaga semula dan semakin bersemangat
menjalani kehidupan. Setelah terapi penambahan hormon dibuat ternyata perubahan
yang menakjubkan berlaku. Bukan
sahaja paras gula di dalam badannya menjadi seimbang malah beliau juga menjadi
lebih bersemangat dan bertenaga semula. Beliau tidak murung lagi dan yang
hatinya berasa riang dan tenang.
“Saya bagaikan mendapat kehidupan
baru yang lebih indah,” katanya.
Comments
Post a Comment