CARA MERAWAT TUMIT KAKI
MEREKAH
·
Minum air banyak-banyak,
kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
·
Mengawal berat
badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan
menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
·
Menggunakan kasut
atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
·
Menggunakan stokin ketika
menggunakan kasut
·
Sapukan getah
betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering
sebelum anda cuci dengan air.
·
Kisar buah
avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang
merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
·
Menggunakan asam
keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam.
Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa
sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
·
Sapukan minyak
zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
·
Gunakan nasi yang
anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.

Comments
Post a Comment