
CARA PENJAGAAN MUKA
Cara penjagaan muka sangatlah
penting bagi mengelakkan jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya. Wajah mencerminkan
diri kita. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat
menunjukkan daya keterampilan diri anda. Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga
muka kita? Berikut merupakan tips ringkas.
1. Kurangkan memakai pencuci
muka.
Ramai yang mengatakan pencuci
muka dapat mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit kusan dan sebagainya. Sebenarnya,
pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak
dan berminyak. Cuba elakkan dari memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil
control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja dan
ianya akan menggalakkan kulit lebih berminyak. Gunakan pencuci muka dua kali
sehari sahaja.
2. Serbuk teh dan madu
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat
ia seperti scrub dan ianya boleh disapukan pada bahagian leher dan lengan. Untuk
memudahkan anda scrubbing, anda boleh menyimpan campuran tersebut ke dalam tin
kaca supaya ianya dapat bertahan lama.
3. Wap panas
Wap panas boleh membantu
mengecilkankan pori-pori yang terbuka di muka anda dan mengurangkan pengeluaran
sebum minyak. Caranya adalah menggunakan bunga tahi ayam. Gunakan bunga tahi
ayam yang hijau dan segar.
4. Jangan campur produk
kecantikan
Jangan menukar produk muka kerana
ia dibimbangi boleh merosakkan kulit muka. Ianya sangat penting.
Comments
Post a Comment