Image result for orang sedang sakit lutut

Kenali jenis-jenis sakit lutut

1. Artisis degenaratif

Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon dan rawan lutut. Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat. Dianggarkan satu daripada tiga pesakit yang mendapatkan rawatan menghidap sakit osteoarthritis lutut. Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartrisis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut, pinggul dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan tambahan yang dikenali sebagai glukosamina sulfat.

2. Ligamen terseliuh

Ligamen amat penting untuk menyeimbangkan lutut, ligamen selalu diregangkan melebihi panjangnya yang biasa lalu menyebabkan ia terkoyak. Tahap koyak pada ligamen ini dibahagikan kepada tiga kategori:
  • ·        Sedikit
  • ·        Sederhana
  • ·        Teruk iaitu koyak terus atau pecah

Ligamen yang koyak sendikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif (gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi). Dalam kes ligamen yang koyak teruk, pembedahan kadangkala perlu dilakukan di samping rawatan kiropraktik dan fisioterapi.

3. Bursitis dan tendenitis

Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa (kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen) dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan berlakunya bursitis dan tendinitis. Rehat, senaman menguatkan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.

4. Meniskus koyak

Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba-tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan oleh yang demikian, bahagian ini lambat pulih. Pembedahan biasanya perlu dilakukan untuk memulihkan meniskus yang rosak.

5. Runner knee

Sakit yang berpunca dari bahagian pelvis lateral hingga lutut lateral ini merupakan sindrom penggunaan otot lutut yang keterlaluan di kalangan ahli sukan. Nama klinikal bagi masalah ini adalah Sindrom Jalur Iliotibial. Masalah ini dapat dirawat dengan berkesan melalui manipulasi kiropraktik dan senaman pemulihan yang kursus.

Comments

Popular posts from this blog

YOUNGER SKIN WITH HORMONE

Chelation Therapy

MARISSA PORE MAKEOVER