
MENGAPAKAH KULIT
TAMPAK KUSAM?
KULIT KUSAM?
Keadaan ini terjadi disebabkan masalah sel-sel kulit
yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baharu saling bercampur
menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda (kotor). Pertumbuhan sel-sel juga
lambat dan sel-sel baharu kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak
pudar. Kulit sebeginisering mendapat whiteheads
iaitu pengumpulan lemak dalam pori-pori kulit. Lemak daripada kalenjar sebum
atau kalenjar minyak yang terlalu aktif. Oleh sebab pengeluaran lemak terlalu
banyak maka kulit jadi berminyak dan jerawat juga mudah terjadi.
BLACKHEADS
Merupakan noda hitam akibat sel-sel sebum dan bulu roma
yang bercampur. Blackheads yang banyak menyebabkan warna kulit menjadi tidak
sekata. Kulit tampak kotor meskipun telah dicuci.


KESAN PARUT LAMA?
Satu lagi masalah yang menjadikan kulit tampak kusan
ialah kesan parut lama. Apabila kulit berparut akibat daripada jerawat ataupun
masalah lain maka kesan kehitaman mula terlihat. Aktiviti facial saja tidak
boleh membantu mengatasinya.

FAKTOR MATAHARI
Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau
selalu terdedah kepada sinaran matahari, kulit akan menjadi lebih kasar,
berlaku pigmentasi dan cepat berkedut. Ini kerana sinaran matahari boleh
menyebabkan berlakunya pigmentasi. Pigmentasi akan menyebabkan kita kelihatan
lebih tua. Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit kita cepat kelhilangan
kolagen pada kulit.
Kolagen pada kulit tidak boleh diganti dengan
menyapu kolagen pada kulit atau dengan mengambil kolagen daripada pemakanan. Oleh
itu kita kena menjaga kulit kita daripada kehilangan kolagen dengan menjaga
kulit daripada dirosakkan oleh sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan
banyak kolagen, maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita
kelihatan lebih tua dari usia.
BAHAN KIMIA
Penggunaan produk kecantikan mengandungi bahan kimia
yang tinggi menyebabkan sel kulit rosak dan kulit tampak kusam. Akibatnya,
kulit menjadi “ketagih” kepada bahan kimia itu. Tanpanya, kulit akan layu dan
menjadi gelap.
Comments
Post a Comment