Nutrisi untuk rambut
dan mata
Selain rawatan luaran, pemakanan juga penting untuk rambut. Vitamin
dan pelbagai manfaat terkandung di dalam buah-buahan mampu membuatkan rambut
kembali cantik, berkilau dan segar.
1. ZAT BESI amat penting untuk
membekalkan oksigen secukupnya pada rambut. Kekurangan zat besi akan membuatkan
rambut dan akar rambut kekurangan oksigen.
2. ZINK diperlukan untuk
mencegah rambut gugur dan menghasilkan protein untuk rambut.
3. VITAMIN A yang terkandung di
dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah serta pisang membantu
memulihkan masalah rambut gugur. Tomato turut mengandungi vitamin A yang baik
untuk kesihatan mata.
Comments
Post a Comment