Pixel laser

  Pada masa kini, teknologi laser digunakan dengan meluas bagi meningkatkan kecantikan kulit kita. Tahukah anda, pixel laser dapat merangsangkan kulit dan mengelakkan masalah kulit kusam. Apabila pixel dibuat, pancaran laser akan mengeluarkan sel-sel mati dan meningkatkan aktiviti sel-sel baru.

  Ini membolehkan sel lama dikeluarkan dan aktiviti penggantian kulit menjadi lancer. Laser ini juga mengecilkan kalenjar sebum. Ini menjadikan kalenjar sebum kecil. Apabila minyak kurang keluar maka wajah tampak lebih sekata dan lebih berseri. Begitu juga dengan whiteheads. Penggunaan laser menghapuskan whiteheads akibat daripada minyak yang banyak. Laser jenis pixel bertindak menghapuskan jenis parut berlubang dan membuang sel-sel mati yang melekat pada kulit. Ia amat sesuai bagi rawatan kulit kusam. Penggunaan laser yang berkualiti adalah sangat penting bagi menghasilkan kesan yang diingini.

  Kesannya selepas menggunakan rawatan pixel laser ialah kulit akan menjadi halus. Kelebihan memiliki kulit yang segar dan halus adalah ia mudah diurus dan sukar berjerawat berbanding kulit yang kasar. Ini adalah kalenjar minyaknya adalah sekata dan tidak berlebihan. Pori-porinya yang kecil membuatkan sapuan mekap sempurna dan sama rata. Apabila bebrbedak dan bermekap, ia mampu menyimpan bedak dan mekap jauh lebih lama. Ini membuatkan anda kelihatan segar dan berseri sepanjang hari. Mereka yang berkulit halus juga tidak berasa ragu untuk tampil tanpa mekap. Ini kerana kulit yang cantik dan licin akan tetap menarik meskipun tiada sebarang solekan dikenakan.

  Pixel laser boleh digunakan baik lelaki atau perempuan yang memiliki masalah kulit. Memiliki kulit yang halus merupakan bonus dan anda boleh memilikinya dengan mudah apabila menjalani rawatan yang sesuai. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit bolehlah mendapatkan rawatan pixel laser.

Comments

Popular posts from this blog

YOUNGER SKIN WITH HORMONE

Chelation Therapy

MARISSA PORE MAKEOVER