WOW EYEBAG HILANG DENGAN SEKALI RAWATAN JE !!


WOW EYEBAG HILANG DENGAN SEKALI RAWATAN JE !!




Mata adalah salah satu aset penting untuk mengekalkan kecantikan pada wajah seseorang baik lelaki mahupun perempuan.  Mata yang sihat dan cantik boleh mempengaruhi rupa bentuk seseorang sama ada dia dalam keadaan sihat atau pon tidak. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang adalah kantung mata atau lebih dikenali sebagai "eyebag"
.
.
Walaupun mata dah cantik dan cukup mempesonakan untuk membuat jejaka diluar sana terpikat, kehadiran eyebag di bawah mata boleh menyebabkan kecantikkan mata kian pudar. Setuju? 
Masalah eyebag ni jugaklah yang menampakkan seseorang macam tak cukup rehat, macam sedang dilanda masalah dunia. Stress kan ! 
.
.
Takpe, akak abang pakcik makcik jangan stress stress sebab ada jalan penyelesaiannya untuk masalah eyebag ni tapi sebelum kita pergi ke jalan penyelesaian, kita kena tahu dulu punca-punca terjadinya masalah eyebag ni dengan lebih lanjut supaya masalah macam ni tak berulang lagi.
Eye bag ataupun Periorbital Puffiness adalah keadaan dimana tisu di kawasan sekeliling mata kita mengalami kebengkakan. Bengkak yang terhasil di kawasan bawah mata itulah dipanggil sebagai eye bag kerana bentuknya seperti kantung beg.

Klik link untuk maklumat lanjut Rawatan Kelopak Mata
http://marissaskin.my/rawatan-kelopak-mata-di-marissa-aesthetic/
 
.
.
FAKTOR TERHASILNYA EYEBAG


.
- KETURUNAN
.
Eyebag ni berpunca dari keturunan. Kalau korang tengok ibu bapa korang ada lingkaran hitam dekat bawah mata tu, kemungkinan besar korang juga akan dapat mewarisi eyebag ni. Haa macam mewarisi harta gituw!





-ALERGI
.
Bagi yang mempunyai alergi, tabiat menggosok mata dah menjadi kebiasaan bagi mereka. Asal gatal sikit mesti nak sental je mata tu. Hal ini berpunca daripada makanan yang tidak sesuai dan menyebabkan darah memenuhi pembuluh di bawah mata dan menjadikan bawah mata kelihatan agak gelap.





- BANYAK TERDEDAH KEPADA CAHAYA SKRIN TELEFON BIMBIT/LAPTOP
.
Zaman sekarang ni kebanyakkan orang menggunakan telefon bimbit tak kisahlah untuk hiburan, mengisi masa lapang mahupun bekerja. Begitu juga dengan laptop. Jadi, disebabkan menghadap skrin handphone atau laptop terlalu lama, mata kurang rehat disebabkan tidak mempunyai tidur dan rehat yang cukup. Hal ini akan menyebabkan bawah mata menjadi semakin gelap dan tercetus lah eyebag.


.
- PEMAKANAN
.
Pemakanan juga adalah salah satu faktor terjadinya eyebag. Pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang akan menyebabkan racun terkumpul dan tidak dapat dicernakan dengan baik. Hal ini menyebabkan kulit di sekitar hitam serta nampak lebam.


.
.
APA CARA TERMUDAH UNTUK HILANGKAN EYEBAG NI ?
.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk merawat dan menghilangkan eyebag tetapi akan mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan hasil dan juga agak leceh untuk dilakukan. 
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan masalah eyebag dengan kadar dan hasil yang cepat adalah dengan mendapatkan rawatan eyebag di Marissa Aesthetic. Antara rawatan yang disediakan ialah:
.
.
RAWATAN MATA
.
Pembedahan bahagian atas kelopak mata (upper blepharoplasty) dilakukan untuk meningkatkan penampilan pada kelopak mata. Pada pesakit yang lanjut usia, ini akan melibatkan penyingkiran pada lapisan kendur yang berlaku disebabkan penuaan. Untuk pesakit muda, lipatan bahagian atas kelopak mata boleh diwujudkan atau dipertingkatkan, dan lebihan minyak yang boleh membawa kepada penampilan kembung boleh disingkirkan.
.
.
Pertama, satu pemotongan dibuat pada lipatan untuk menyingkirkan kulit dan lebihan lemak. Jahitan dibuat pada hujung potongan pada struktur dasar untuk membentuk lipatan kelopak mata. Bila ianya sembuh, parut tidak akan lagi nampak kerana ianya tersembunyi pada lipatan kelopak mata. Untuk pesakit yang ada lebihan kulit dan lemak yang minimal, lipatan kelopak mata boleh dilakukan tanpa apa – apa potongan dibuat, dengan jahitan dilakukan pada bahagian atas kelopak mata.
.
.
PEMBEDAHAN BAHAGIAN ATAS KELOPAK MATA
.
Biasanya dilakukan dibawah bius setempat dan mengambil masa 45 minit sehinnga 1.5 jam. Masa pemulihan adalah berbeza dengan teknik yang dipilih. Apabila suatu potongan dibuat, kulit dan lemak dikeluarkan, jahitan dibuang selepas 5 hingga 7 hari dan bengkak akan beransur – ansur pulih dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Apabila tiada insisi dilakukan, tempoh bengkak biasanya lebih pendek.
.
.
PEMBEDAHAN BAHAGIAN BAWAH KELOPAK MATA
.
Pembedahan bahagian bawah kelopak mata (lower blepharoplasty) dilakukan untuk meremajakan bawah kelopak mata. Kehadiran kulit longgar dan lebihan lemak menjadikan penuaan, muka kelihatan letih.
.
.
Bila ada kedua – dua kulit dan lebihan lemak yang perlu disingkirkan, dan kulit bahagian bawah kelopak mata perlu ditegangkan untuk mengembalikan penampilan yang muda, satu insisi perlu dilakukan betul – betul pada bawah bulu mata. Penyembuhan ini dengan parut yang hampir tidak kelihatan. Lebihan lemak sama ada dibuang atau diguna semula untuk meratakan kontur dikawasan bahagian bawah kelopak mata.
.
.
Bila tiada keperluan untuk menyingkirkan lebihan kulit, lemak boleh disingkirkan melalui insisi tersembunyi diletakkan pada bahagian bawah kelopak mata.
Pembedahan bahagian bawah kelopak mata biasanya dilakukan dibawah bius setempat, dan mengambil masa 1.5 hingga 2.5 jam. Jahitan selalunya dibuka selepas 5 hingga 7 hari. Bengkak dan lebam yang agak teruk untuk 3 hingga ke 7 hari dan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu.




.
.
APA KELEBIHAN MEMBUAT RAWATAN KELOPAK MATA?
.
  • Wajah nampak lebih muda selepas membung lemak dikeliling mata
  • Matan akan nampak luas dan galak
  • Kening akan terangkat dan menjadikan kontar mata nampak lebih bundar daripada biasa
  • Selepas rawatan anda boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.
.
TESTIMONI PELANGGAN 
.
Hi, Saya Zubaidah berumur 34 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Saya menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan menerima tempahan kuih dari pelanggan. Sebelum saya jalankan bisnes ni mata saya okay je takde apa masalah yang serious pun. Tapi sejak saya start buat kuih hampir setiap malam kerana mendapat order yang banyak dari customer, kelopak bawah mata ni semakin lama semakin bengkak dan hitam. 
.
.
Suami sampai tegur yang muka saya nampak sangat tak bermaya walhal saya tak penat sangat pun sebab dah biasa kan buat kerja macamni. Nak touch up pakai concealer dengan foundation pun tak berkesan dah. Saya jadi risau sebab lama kelamaan muka saya makin teruk disebabkan eyebag. Dah tak confident dah nak keluar pergi mana-mana.
.
.
Satu hari tu, saya tengah sidai kain dekat luar lepastu disapa oleh jiran. Dia cakap muka saya nampak lesu sangat lepastu dah kurang berseri. Lepastu, dia recommend dekat saya untuk buat rawatan dekat Marissa Aesthetic sebab kakak ipar dia pernah buat rawatan mata di Marissa. Saya pulak tak tahu apa benda Marissa tu jadi dia tunjuk saya facebook page untuk lihat dan baca sendiri tentang rawatan-rawatan yang disediakan di Marissa Aesthetic. 
.
.
Ternyata pelbagai rawatan dan produk untuk membantu pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan. Tapi saya terus fokus pada rawatan eyebag dan terus tinggalkan nombor telefon di ruang komen. Tak lama lepas tu, saya dapat panggilan dari pihak Marissa bertanyakan tentang masalah yang dihadapi jadi saya pun memulakan penceritaan. 
.
.
Staff Marissa menasihatkan saya supaya datang dan berjumpa konsultan untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut. Beberapa hari kemudian, saya datang ke salah satu cawangan Marissa yang berdekatan dan berjumpa konsultan. Setelah keterangan diberi, saya tekad untuk membuat rawatan mata dan terus membuat appointment.
.
.
Bila tiba hari kejadian, saya membuat pembedahan mata dan yang mengendalikan pembedahan itu adalah pakar ye bukan orang biasa biasa. Yang bestnya, lepas pembedahan tu saya tak rasa sakit langsung dan eyebag saya hilang dengan serta merta. 
.
.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab saya takde lagi masalah eyebag selepas membuat rawatan mata di Marissa. Tetapi, apa yang saya nak highlight kan di sini adalah servis yang disediakan oleh marissa sangat bagus dari dalam talian sehingga lah habis rawatan. Pekerja yang menghubungi saya sangat peramah semasa saya bagi nombor telefon dan tak rasa kekok langsung untuk bercakap dengan mereka. Bila berjumpa konsultan pula, mereka sangat peka dan profesional semasa memberikan penerangan tentang masalah yang saya hadapi dan rawatan apa yang perlu saya buat. 
.
.
Terima kasih Marissa Aesthetic, saya sangat berpuas hati dengan segala layanan dan rawatan yang diberi. Saya juga sangat yakin untuk keluar sekarang. Saya pasti akan recommend kan Marissa kepada kawan-kawan saya !

 Klik link untuk maklumat lanjut Rawatan Kelopak Mata
http://marissaskin.my/rawatan-kelopak-mata-di-marissa-aesthetic/

Comments

Popular posts from this blog

YOUNGER SKIN WITH HORMONE

Chelation Therapy

MARISSA PORE MAKEOVER